WASHINGTON – Bank Dunia memberi amaran semalam bahawa harga komoditi global dijangka meningkat 23 peratus menjelang akhir 2026, dengan harga tenaga berada pada paras tertinggi dalam tempoh empat tahun akibat perang ke atas Iran serta kenaikan harga makanan yang didorong oleh konflik global dan fenomena El Nino.
“Pasaran komoditi global terjejas akibat beberapa kejutan besar yang berlaku serentak,” kata Timbalan Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia, Ayhan Kose dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kos tenaga lebih tinggi dan gangguan perdagangan memacu peningkatan harga merentasi pelbagai jenis komoditi yang mengancam untuk memburukkan lagi inflasi, krisis keterjaminan makanan serta pertumbuhan ekonomi.









