PETALING JAYA – Tindakan dua individu yang didakwa menjala ikan di Tasik Cempaka, Bangi sebelum menyiang hasil tangkapan di tepi tasik mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi perkongsian di Threads Shahirashaharin, dia terserempak dengan dua individu yang disyaki warga Rohingya sedang menjala ikan ketika menikmati makan tengah hari di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dia menyangka aktiviti tersebut sudah selesai selepas habis makan, namun terkejut apabila melihat kedua-dua individu itu meneruskan aktiviti dengan menyiang ikan di tepi tasik