KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 12.0 peratus pada September 2026, berbanding 10.7 peratus pada Ogos 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM memaklumkan pada asas tahun ke tahun, antara sektor utama dalam IHPR, Sektor Perlombongan mencatatkan peningkatan ketara 54.1 peratus pada September 2026, berbanding peningkatan 41.2 peratus pada bulan sebelumnya.
"Peningkatan ini didorong terutamanya oleh pengekstrakan petroleum mentah yang meningkat 74.2 peratus," menurut laporan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan bagi September 2026.
IHPR mengukur purata perubahan harga barangan yang dikenakan oleh pengeluar tempatan sebelum barangan berkenaan sampai kepada pengguna.









