PETALING JAYA – Pelakon Jazmy Juma mengambil pendekatan untuk menerima sebarang kritikan terhadap lakonannya dengan berlapang dada termasuk segelintir pihak yang sebagai pelakon ‘kayu’.

Menurut Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, dia memilih untuk menerima semua kritikan dengan berlapang dada selain menjadikannya sebagai pembakar semangat memperbaiki kualiti lakonan.

“Sebenarnya saya gembira bila ada pihak komen tentang saya, lebih-lebih lagi bila ada komen tentang kualiti kualiti lakonan sebab susah orang nak berterus terang tentang keburukan orang lain.

“Kalau ada kawan yang kata, ‘eh, Jaz, kau lakonan ini macam yang tak kena dengan kau’. Saya sangat bersyukur sebab tak rasa semua orang berani nak cakap benda itu.