Kuala Lumpur: Pemfailan rayuan semata-mata tidak menghalang syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, daripada menguatkuasakan penghakiman berjumlah RM67.5 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, kata peguam David Gurupatham.
David yang mewakili syarikat berkenaan berkata, Mahkamah Rayuan secara jelas membenarkan anak guamnya menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi selepas Rosmah gagal mematuhi syarat yang ditetapkan bagi penangguhan pelaksanaan penghakiman itu.
Beliau berkata, Rosmah gagal mendepositkan jumlah penghakiman ke dalam akaun pemegang amanah dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan.
"Fakta bahawa rayuan difailkan semata-mata tidak bermakna prosiding ditangguhkan.






