KUALA LUMPUR: Tindakan syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL untuk menguatkuasakan pelaksanaan penghakiman RM67.5 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor adalah sah di sisi undang-undang.
Peguam syarikat itu, Datuk David Gurupatham, menegaskan bahawa Rosmah gagal mematuhi syarat ditetapkan Mahkamah Tinggi iaitu mendepositkan jumlah penghakiman itu ke dalam akaun pemegang amanah yang dipegang peguam kedua-dua pihak dalam tempoh sebulan mulai 12 Ogos lalu.
Ketika dihubungi hari ini, beliau turut memberi amaran bahawa sebarang cubaan menghalang perintah itu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.
"Hakikatnya, beliau (Rosmah) gagal mematuhi terma syarat penangguhan bersyarat sementara menunggu rayuan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 30 hari.








