Kuala Lumpur: Sebanyak 8,540 kandungan berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) diturunkan sejak 2022 hingga tahun ini menerusi kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pengendali platform media sosial.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata tindakan itu selaras dengan pendekatan 'Whole-of-Government' kerajaan yang mengutamakan kerjasama rentas kementerian dan agensi bagi mengesan serta menangani isu yang berpotensi menjejaskan keharmonian kaum.
Katanya, kementerian turut memperkukuh penggunaan teknologi digital menerusi Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat (PRISMA) bagi mempercepat penilaian dan pemantauan isu sensitif dalam masyarakat.






