KOTA BHARU: Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 1B sepanjang 14.75 kilometer (km) dari Kampung Sungai Peria ke Kampung Laloh kini dalam pembinaan dengan kemajuan kerja sebanyak 14.73 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Dr Izani Husin, berkata projek berkenaan dijangka siap pada Disember 2028.

"Projek itu merekodkan kemajuan kerja semasa 14.73 peratus berbanding jadual 15.84 peratus.

"Tarikh milik tapak projek berkenaan adalah pada 24 Februari 2025 dengan tarikh siap semasa ditetapkan pada 24 Disember 2028," katanya.