Kuala Lumpur: Pelakon Aniq Durar, 33, tidak menganggap kejayaan merangkul anugerah Pelakon Lelaki Harapan menerusi filem Pagari Bulan di Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) membawa 'badi' buatnya.

Ia berikutan pelakon asal Kuching, Sarawak itu dilihat kurang bersinar dan namanya juga tidak menyerlah sekali gus seakan-akan 'sepi' dari radar industri selepas meraih kemenangan trofi berprestij itu, dua tahun lalu.

Aniq atau nama sebenarnya, Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx berkata, dia kurang mendapat publisiti, namun masih menerima tawaran berlakon termasuk lima filem dibintanginya belum ditayangkan pawagam.

"Saya sebenarnya ada buat banyak projek lakonan juga. Malah, ada lima filem saya termasuk Takdir Terakhir: Last Dive arahan Datin Dr Wendy Wong belum menemui penonton di pawagam, dan menunggu tayangan.