KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki memotong kabel di bawah jejambat berhampiran Bulatan Kampung Pandan, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya telah membuat laporan polis selepas mengambil maklum mengenai hantaran yang tular menerusi aplikasi Threads itu.

“Untuk makluman, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah membuat laporan polis berhubung hantaran Threads berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM),” katanya dalam kenyataan hari