KUALA TERENGGANU – Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya, Kosmo! dan Utusan Malaysia meraih empat anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu 2026 yang berlangsung malam tadi.
Jurugambar Media Mulia, Puqtra Hairry Rosli merangkul tempat pertama Foto Terbaik Media Cetak bagi kategori Ekonomi menerusi gambar, Proses Pembuatan Arang yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 21 September 2025.
Pemberita sambilan Utusan Malaysia, Erma Yusnida Jusoh turut meraih tempat pertama bagi Berita Terbaik Media Cetak kategori Sosial menerusi hasil rencana, Menenun dengan jiwa, songket warisan yang mengangkat perjuanga










