KUALA TERENGGANU: Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) merangkul enam kategori anugerah Majlis Apresiasi Media Terengganu 2026 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, malam tadi.

Wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah merangkul tempat pertama Berita Terbaik Media Digital bagi kategori sosial menerusi berita Hari Jururawat Ikhlas yang melaporkan berita mengenai jururawat berdepan ragam pesakit ketika bertugas.

Wartawan Sambilan Berita Harian, Nurul Fatihah Sulaini turut meraih tempat pertama bagi Berita Terbaik Media Cetak kategori ekonomi menerusi berita 'FGV akur notis arahan kosongkan premis'.

Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM500, trofi dan sijil penghargaan.