KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi untuk hari dagangan ke-10 berturut-turut berbanding dolar AS pada Jumaat, mencerminkan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan pada permulaan dagangan.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0570/0625 berbanding dolar AS daripada 4.0575/0620 semasa ditutup pada Khamis.
Mata wang itu diniagakan hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh tujuh minggu, dengan paras pembukaan sebelum ini pada 4.0560 dicatatkan pada 9 Sept 2026.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS (DXY) menurun 0.33 peratus kepada 101.854 mata.








