Munich: Bayern Munich bakal melayan kunjungan seteru tradisi, Borussia Dortmund dalam aksi tumpuan Bundesliga, awal pagi Ahad ini, ketika kelab gergasi Jerman itu masih dibayangi minggu penuh emosi susulan masalah kesihatan pengendali, Vincent Kompany dan kejayaan Harry Kane meraih Ballon d'Or.

Bayern berdepan pelbagai cabaran menjelang pertembungan itu apabila kapten Jerman, Joshua Kimmich masih belum kembali beraksi selepas mengambil cuti atas urusan keluarga susulan kematian bapanya secara mengejut.

Selain itu, beberapa tonggak utama seperti Luis Diaz, Manuel Neuer, Jamal Musiala dan Aleksander Pavlovic turut berdepan masalah kecederaan.

Situasi berkenaan sedikit sebanyak membayangi pertembungan yang sering dianggap antara aksi terbesar dalam kalendar Bundesliga itu.