KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung rakaman tular semalam yang memaparkan seorang lelaki disyaki mencuri kabel di Bulatan Kampung Pandan, di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman, berkata pihaknya membuat laporan polis susulan perkongsian rakaman itu di Threads.
"Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju sudah membuat laporan polis berhubung perkongsian di Threads itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.








