SEOUL: Korea Utara melancarkan ujian dron serangan, peluru berpandu dan pelancar roket berganda berasaskan teknologi AI dalam satu demonstrasi senjata, lapor media kerajaan hari ini.
Demonstrasi itu dilakukan ketika pemimpin negara itu, Kim Jong-un menggesa pembangunan teknologi senjata berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk kegunaan ketenteraan dipercepatkan.
Demonstrasi itu berlangsung sehari selepas Seoul memaklumkan Pyongyang melancarkan kira-kira 12 peluru berpandu balistik jarak dekat dari pantai timur negara itu.
Namun, belum dapat dipastikan sama ada pelancaran berkenaan mempunyai kaitan dengan demonstrasi terbabit.








