TOKYO: Polis Indonesia sedang menyiasat 97 syarikat tempatan dan asing termasuk anak syarikat sebuah firma Jepun, berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam kebakaran hutan.
Kes kebakaran hutan terburuk Indonesia masih berlaku di beberapa pulau di negara itu, menurut polis pada Khamis, lapor Kyodo News, memetik Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Negara, Asep Safrudin.
Katanya, dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di wilayah Kalimantan Barat, firma Jepun berkenaan yang dikenal pasti melalui singkatan PT MTI, bersama 21 syarikat asing lain, antara pihak yang sedang disiasat.
Polis meminta kerajaan membatalkan lesen perniagaan 23 daripada 97 syarikat berkenaan, kata Asep tanpa memperincikan identiti syarikat itu.








