Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Indonesia Asep Safrudin berkata kerajaan diminta batal lesen perniagaan 23 daripada 97 syarikat akibat kebakaran hutan dan tanah berulang di kawasan konsesi syarikat terbabit sejak awal tahun ini. (Gambar EPA Images)TOKYO: Polis Indonesia sedang menyiasat 97 syarikat tempatan dan asing, termasuk anak syarikat sebuah firma Jepun berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam kebakaran hutan di beberapa pulau di negara itu, kata polis pada Khamis, lapor Kyodo News.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Negara, Asep Safrudin, dalam sidang media disiarkan secara langsung di wilayah Kalimantan Barat berkata, firma Jepun yang dikenal pasti melalui singkatan PT MTI, bersama 21 syarikat asing lain, antara pihak sedang disiasat.






