Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti keperluan menambah baik peruntukan perundangan sedia ada bagi mengatasi isu kenderaan terbiar.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata inisiatif bersama Kementerian Pengangkutan (MoT) itu bertujuan memperjelas kuasa serta mempercepatkan proses penguatkuasaaan dan pelupusan dengan tetap memelihara hak pemilik kenderaan.

Pendekatan itu, katanya, bertujuan mengubah pengurusan kenderaan terbiar daripada model penguatkuasaan semata-mata kepada pendekatan penyelesaian menyeluruh yang mengimbangi kuasa undang-undang, perlindungan hak rakyat dan tanggungjawab sosial pemilik.

"KPKT dengan kerjasama MoT juga sedang menambah baik pendekatan dilaksanakan melalui penggunaan pelbagai instrumen perundangan boleh dipertimbangkan.