Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) sudah melaksanakan penstrukturan semula portfolio pelaburan berasaskan pengurusan risiko berhemah, selain memberi tumpuan kepada pelaburan mapan dan berkualiti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata pelaksanaannya dibuat lanjutan daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Hasil tindakan itu, katanya, aset kekal TH melebihi liabiliti pada setiap akhir tahun sejak 2018 seperti dikehendaki Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

"TH juga berjaya mencatat pendapatan pelaburan pada paras tertinggi untuk tempoh lapan tahun, iaitu sebanyak RM4.64 bilion pada 2025.