Presiden PKR Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti Sarawak selepas bermesyuarat di Kuching semalam. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: PKR mengumumkan penyusunan semula kepimpinan Sarawak termasuk pelantikan ketua baharu sebagai persediaan berdepan PRN.

Mahmud Epah yang sebelum ini setiausaha PKR Sarawak dipilih mengetuai Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baharu, menggantikan Ahmad Nazib Johari.

Langkah itu susulan pertemuan pimpinan PKR negeri bersama Presiden Anwar Ibrahim di Kuching semalam.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata penyusunan semula itu bertujuan mengukuhkan jentera parti dan strategi pilihan raya bagi berdepan PRN dijangka berlangsung Disember ini.