Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Suffian Abdullah gesa ibu bapa pantau pergerakan anak serta memastikan mereka tidak menunggang motosikal tanpa lesen sah.KUALA LUMPUR: Sikap segelintir penunggang motosikal yang memandang ringan keselamatan diri walaupun berulang kali dinasihati keluarga membimbangkan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Suffian Abdullah, berkata sikap itu bukan sahaja membahayakan penunggang, malah pengguna jalan raya lain.

“Hampir 90% kesalahan dikesan melibatkan motosikal yang tidak sempurna atau penunggang tidak mempunyai lesen memandu sah.

“Antara kesalahan dikenal pasti ialah pengubahsuaian komponen motosikal termasuk brek dan ekzos. Remaja bawah umur juga kerap dikesan, namun saringan masih dijalankan untuk menentukan jumlah sebenar mereka yang ditahan,” katanya.