PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 133 representasi berhubung Syor Kajian Semula Persempadanan (KSP) Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Dalam Negeri Sarawak.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata representasi itu diperoleh selepas SPR mengadakan Pameran Syor KSP Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Dalam Negeri Sarawak selama sebulan dari 1 hingga 30 September.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 126 representasi ialah representasi membantah manakala tujuh lagi ialah sokongan terhadap Syor KSP itu.

"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas SPR bagi meneliti dan membincangkan semua representasi diterima, khususnya representasi yang memenuhi syarat untuk dipertimbangkan bagi tujuan Siasatan Tempatan.