PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 126 bantahan terhadap syor kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri di Sarawak.
Setiausaha, Khairul Shahril Idrus, berkata sebanyak 133 representasi diterima sepanjang tempoh pameran selama sebulan dari 1 hingga 30 Sept lalu.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 126 representasi merupakan bantahan, manakala tujuh lagi menyatakan sokongan terhadap syor kajian berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk meneliti dan membincangkan semua representasi diterima, khususnya yang memenuhi syarat untuk dipertimbangkan bagi tujuan siasatan tempatan.








