Kuching: Sarawak merakam penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan atas peruntukan RM16.2 bilion kepada negeri itu menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan semalam.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata peningkatan peruntukan itu sebanyak RM1.1 bilion atau 7.3 peratus berbanding RM15.1 bilion tahun ini mencerminkan kesinambungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam memacu pembangunan negeri.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas pemberian peruntukan itu," katanya ketika berucap pada perhimpunan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Padang Merdeka, di sini, hari ini.