KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) sedang melaksanakan langkah penguatkuasaan dan pengesanan aliran wang serta pindahan bank milik syarikat Al-Rawda Investment for Real Estate Development and Project Management Ltd (Al-Rawda).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata langkah berkenaan adalah bagi proses pemulihan hutang dengan kerjasama pihak berkaitan di Arab Saudi.

Beliau berkata, perjanjian dimeterai bersama Al-Rawda antara 2014 sehingga 2017 adalah antara pelaburan pajakan legasi, dengan TH memajak empat rangkaian hotel di Makkah dan Madinah untuk tempoh jangka masa panjang.

"TH sudah mengambil tindakan undang-undang serta prosiding penguatkuasaan di mahkamah Arab Saudi berkenaan Nota Janji dikeluarkan Al-Rawda dan dijamin pemiliknya sendiri.