PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) akan melaksanakan tindakan undang-undang selain langkah penguatkuasaan dan pengesanan aliran wang milik syarikat Al-Rawda Investment for Real Estate Development and Project Management Ltd (Al-Rawda).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, ia merupakan sebahagian proses pemulihan hutang dengan kerjasama pihak berkaitan di Arab Saudi.
“TH sudah mengambil tindakan undang-undang serta prosiding penguatkuasaan di mahkamah Arab Saudi berkenaan Nota Janji dikeluarkan Al-Rawda dan dijamin pemiliknya sendiri.
“Ia selepas Al-Rawda gagal membuat bayaran mengikut perjanjian bagi tempoh yang lama,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman








