KEMUNGKINAN ketiadaan penyerang naturalisasi, Bergson da Silva tidak akan memberi kesan besar kepada kualiti Harimau Malaya pada aksi menentang China dan Yemen, bulan depan.

Bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli percaya Malaysia masih memiliki ramai pemain berkualiti yang mampu menggalas tugas jika Bergson tidak dapat bersama Harimau Malaya.

“Sudah lamalah saya nak lihat pasukan negara ada penyerang yang prolifik, namun kita lihat dia (Bergson) ada sedikit kecederaan. Tetapi, saya percaya ada lagi pemain-pemain lain yang boleh menggantikan posisi beliau.

“Seperti kita tahu, Fergus Tierney pun konsisten beraksi di liga luar negara dan saya percaya dengan pemain-pemain lain yang ada dan ketiadaan Bergson mungkin bukanlah satu isu besar.