BEREGU wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mula menunjukkan peningkatan serta prestasi sebenar apabila berjaya merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark selain muncul naib juara Terbuka Perancis.

Kejayaan mara ke final dalam dua kejohanan berturut-turut ketika jelajah Eropah sebelum ini membuktikan pasangan No. 4 dunia itu sudah semakin hampir untuk kembali ke prestasi terbaik mereka.

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak menyuarakan rasa bangga dan gembira atas pencapaian dilakukan anak-anak buahnya, namun mengakui masih ada ruang perlu diperbaiki untuk kembali ke prestasi terbaik.

“Dua minggu yang panjang dan mencabar buat Pearly dan Thinaah di Eropah. Aksi di Terbuka Perancis memang dijangka lebih sukar untuk mereka kerana tahap kecergasan sudah banyak digunakan di Terbuka Denmark.