SEBERANG PERAI – Kecederaan pada kepala dikenal pasti sebagai punca kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan lemah di rumah pengasuhnya di Tasek Gelugor di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, ini berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa di Hospital Kepala Batas semalam.

“Doktor mengesahkan terdapat kecederaan konsisten pada kepala akibat trauma daya tumpul yang berpotensi membawa mau