Butterworth: Punca kematian bayi lelaki 10 bulan yang ditemukan dalam keadaan lemah di rumah pengasuhnya Isnin lalu, disahkan akibat cedera di kepala yang konsisten dengan trauma daya tumpul.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, doktor mengesahkan kecederaan dialami boleh membawa maut.
Bagaimanapun, beliau berkata, doktor tidak dapat menentukan sama ada kecederaan berpunca daripada kemalangan atau tindakan orang lain.
"Dapatan perubatan juga tidak dapat memastikan bilangan impak, objek digunakan atau masa tepat kecederaan berlaku.









