Kuala Lumpur: Risiko pendedahan rutin pergerakan, lokasi sensitif dan aktiviti operasi penjawat awam menjadi antara kebimbangan berkaitan pengumpulan data menerusi aplikasi navigasi seperti Waze.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, kebimbangan persatuan turut membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara kerana data yang dikumpulkan aplikasi itu melangkaui maklumat perjalanan pengguna.

"Waze ini penggunanya mungkin mencecah jutaan orang di Malaysia dan data yang dikumpul bukan hanya data pergerakan kita, tetapi turut membabitkan perkongsian pengguna mengenai kenderaan rosak, kemalangan, perangkap had laju dan sekatan jalan raya oleh pihak penguat kuasa.

"Data-data itu tidak disimpan di negara kita, membataskan lagi apabila ia dikawal selia oleh pihak Israel itu sendiri.