PETALING JAYA – Premis yang menjalankan aktiviti penyembelihan ayam seperti dalam video tular baru-baru ini, didaftarkan atas nama entiti lain dan bukan milik Bhuiyen Sdn. Bhd.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, walau bagaimanapun, bekalan ayam hidup bagi aktiviti tersebut diperoleh daripada Bhuiyen Sdn. Bhd.
“Semakan turut mendapati premis dan produk ayam yang disembelih oleh syarikat berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jakim mahupun pihak berkuasa agama Islam negeri.
“Pemeriksaan turut mendapati premis berkenaan telah diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 10 Oktober lalu, susulan pelanggaran aspek kesihatan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2026,” katanya dalam kenyataan hari










