Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang cerah pagi ini susulan peningkatan kualiti udara di seluruh negara. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara pagi ini secara umumnya baik dengan tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 43 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana manakala 25 lagi berada pada tahap baik.
Antara kawasan mencatat IPU sederhana ialah Batu Pahat dengan bacaan 92, Batu Muda (87), Kluang dan Pasir Gudang (84), Larkin (82), Tangkak (75), Samalaju dan Sri Aman (74), Kota Tinggi (71), serta Seremban dan Pengerang yang masing-masing merekodkan 70.







