Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata 70 akaun dagangan saham bernilai RM323.59 juta dan 404 akaun bank berjumlah RM85.62 juta dibeku atau disita melibatkan siasatan dakwaan kewujudan 'mafia korporat'.PETALING JAYA: Polis merampas aset bernilai lebih RM409 juta dalam siasatan dakwaan 'mafia korporat' melibatkan penyalahgunaan kuasa menekan ahli perniagaan menjual saham syarikat pada harga di bawah pasaran.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata 70 akaun dagangan saham bernilai RM323.59 juta dan 404 akaun bank berjumlah RM85.62 juta dibeku atau disita sebagai sebahagian siasatan.

Saifuddin berkata, polis turut membekukan atau menyita lapan hartanah, 11 kenderaan, dan 417 akaun sistem depositori pusat (CDS).