Ketua Polis Negara Khalid Ismail, berkata khidmat Shuhaily Zain di AKPS turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kedudukan Shuhaily Zain yang dipinjamkan daripada pasukan polis mengetuai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Ketua Polis Negara Khalid Ismail, berkata perkara itu turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, polis akan bertanggungjawab terhadap Shuhaily kerana beliau ialah pegawai polis dipinjamkan untuk berkhidmat di sebagai ketua pengarah AKPS.







