Semua mangsa daripada 71 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara di Yan, Kedah. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah meningkat kepada 192 orang daripada 71 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 176 orang daripada 66 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan semua mangsa dari Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras di Yan ditempatkan di tiga PPS.

Seramai 91 mangsa daripada 32 keluarga ditempatkan di SK Teroi, manakala 36 mangsa daripada 17 keluarga berada di SJKC Pei Eng.

Dewan Lestari Guar Chempedak pula menempatkan 65 mangsa daripada 22 keluarga.