KLUANG – Majlis Perbandaran Kluang (MPK) memaklumkan bahawa sistem paparan LED pihaknya telah mengalami insiden pencerobohan siber (penggodaman) malam tadi.
Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut sedang dilaksanakan dengan kerjasama pihak vendor bagi mengenal pasti punca kejadian serta mengambil langkah pemulihan dan memperkukuh tahap keselamatan sistem.
MPK dalam kenyataannya, memohon maaf atas segala kesulitan dan kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat Kluang susulan insiden ini.
“Pihaknya memandang serius dan mengutuk kejadian tersebut serta akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana – mana pihak yang cuba menjatuhkan dan memburukkan nama baik dan imej MPK,”katanya melalui kenyataan.









