MELAKA - DAP menyasarkan untuk mempertahankan empat kerusi yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh.Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP, Wong Kah Woh berkata, parti itu turut mengintai peluang untuk merebut tiga lagi kerusi yang diperuntukkan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada DAP, iaitu DUN Gadek, Duyong dan Pengkalan Batu.Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, jentera DAP dari seluruh negara akan digerakkan secara berperingkat bagi membantu kempen tujuh calon parti itu di bawah penyelarasan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong."Kami akan cuba sedaya upaya bukan sahaja untuk memenangi empat kerusi yang kami menang pada PRN lepas tetapi pada masa sama, kami hendak menang lebih daripada itu," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya DAP DUN Kota Laksamana yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Lim Hui Ying, Poay Tiong dan calon DAP DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong.Kah Woh berkata, bagi PRN kali ini, DAP akan memastikan kempen yang dijalankan adalah positif dengan memberi tumpuan kepada prestasi serta rekod perkhidmatan calon masing-masing dan bukannya memainkan isu perkauman serta agama."Kami juga akan mengetengahkan rekod pentadbiran cemerlang Pakatan Harapan di peringkat negeri dan Persekutuan sebagai antara asas untuk mendapatkan kepercayaan pengundi," katanya.Beliau berkata demikian berikutan pengundi di Melaka dilihat semakin matang untuk menilai calon yang mampu mewakili serta membawa kepentingan kawasan masing-masing.SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon PRN Melaka, hari pengundian pada 14 November manakala 10 November bagi pengundian awal.Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. - Bernama
PRN Melaka: DAP sasar empat kerusi disandang

Key takeaways
DAP menyasarkan mempertahankan empat kerusi dan merebut tiga lagi pada PRN Melaka ke-16.
- DAP akan mempertahankan DUN Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh.
- DAP juga menargetkan DUN Gadek, Duyong dan Pengkalan Batu yang diperuntukkan PH.
- Kempen DAP akan fokus pada prestasi calon dan rekod pentadbiran PH.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PH sasar menang 70 hingga 80 peratus kerusi PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: DAP sasar empat kerusi disandang (this story)
- Free Malaysia Today PRN Melaka: DAP sasar pertahan 4 kerusi disandang









