KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 lagu bakal dipersembahkan tanpa henti menerusi Konsert Samrah DJA Bersama Legasi Haji Ali yang menghimpunkan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah bersama barisan pewaris seni Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, pada 19 Disember ini.

Konsert yang dijadual berlangsung pada jam 8.45 malam di Dewan Tuanku Canselor UPSI itu turut menampilkan Hussain Jamilul Hayat, Osama Yamani dan Zaki Yamani daripada Legasi Haji Mohd Ali.

Penganjuran bersama DJAZ Event Company dan UPSI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu bukan sekadar menawarkan hiburan, malah bertujuan membantu Tabung Pelajar UPSI serta memelihara warisan lagu tradisional dan pop Melayu untuk generasi akan datang.