Kumpulan pop wanita, DOLLA mencipta sejarah apabila membuat penampilan sulung di Eropah menerusi The A Music Festival di Paris Event Centre, Perancis, pada 24 Oktober lalu.
Persembahan itu menyaksikan DOLLA menghiburkan kira-kira 2,000 penonton, termasuk peminat dari Perancis, United Kingdom, Jerman dan Itali.
DOLLA mempersembahkan 12 lagu termasuk UGLY, Impikan, Bad dan lagu yang belum dilancarkan, All Over You. Mereka turut berkolaborasi dengan Tobii menerusi lagu Bad Girls Like You.
Anggota DOLLA, Angel menyifatkan peluang membuat persembahan di pentas Eropah sebagai pencapaian besar selepas enam tahun berusaha dalam industri muzik.









