KOTA BHARU: Kejatuhan harga emas sehingga mencecah RM503 per gram menyebabkan ramai mengambil kesempatan menyerbu kedai emas sejak semalam.

Tinjauan di sekitar Pasar Siti Khadijah, dekat sini mendapati kebanyakan kedai emas dipenuhi pengunjung yang mengambil kesempatan membeli ketika harga disifatkan menjunam.

Mereka mendakwa, harga setakat ini disifatkan paling murah iaitu antara RM503 dan RM504 bagi setiap gram.

Pengunjung, Halima Osman, 45, berkata dia tidak menyangka harga emas jatuh merudum berbanding sebelum ini hampir mencecah RM600 per gram.