Ipoh: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak komited memperkukuh hubungan strategik bersama pengamal media tempatan menerusi komunikasi terbuka dan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai usaha pencegahan rasuah serta pemantapan tatakelola.

Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi berkata, kerjasama erat dengan media penting bagi memastikan maklumat berkaitan SPRM disampaikan secara tepat dan sahih, selain memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai fungsi serta tanggungjawab suruhanjaya itu.

"Kerjasama strategik antara SPRM dan media amat penting bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan sahih, khususnya berkaitan usaha membanteras rasuah.