Key takeaways
Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun di Bulukumba, Sulawesi Selatan, meninggal dunia selepas 10 hari tidak makan dan minum. Mangsa menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi hospital tempatan.
- Mangsa, Nakla Syafira, meninggal dunia sekitar pukul 3 pagi di Hospital H Andi Sulthan Daeng Radja.
- Penghulu Loka menyatakan kematian bukan kerana tiada makanan, tetapi kehilangan nafsu makan akibat sakit.
- Keadaan mangsa memburuk di rumah apabila mengalami demam sehingga sukar makan atau minum susu.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun di Bulukumba, wilayah Sulawesi Selatan meninggal dunia selepas tidak makan dan minum selama 10 hari, lapor laman berita Detik.
Nakla Syafira menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) Hospital H Andi Sulthan Daeng Radja sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) semalam.
Penghulu Loka, Rahmi Amrahi berkata, Nakla meninggal dunia bukan disebabkan ketiadaan makanan tetapi kehilangan nafsu makan akibat sakit yang dialami.
Keadaan Nakla semakin buruk semasa di rumah. Dia mengalami demam sehingga sukar untuk makan atau minum susu.