NEW YORK: Alvin Hellerstein, Hakim Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang mengendalikan kes terhadap bekas Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, meninggal dunia pada usia 92 tahun, menurut pihak berkuasa pada Rabu.

Sebagai Hakim Persekutuan AS tertua, timbul persoalan sebelum ini mengenai keupayaannya untuk mengendalikan perbicaraan yang rumit dan dan berpanjangan berhubung pertuduhan penyeludupan dadah yang dihadapi Maduro.

Kerjaya panjang Hellerstein menyaksikan beliau mengendalikan pelbagai kes berprofil tinggi.

Antaranya, kes sivil membabitkan serangan pengganas Al-Qaeda pada 11 September 2001 di New York dan Washington, yang mana beliau sering menolak penyelesaian yang dianggap tidak adil kepada pengadu.