Kuala Lumpur: Ibu mentua kepada pelakon, Norman Hakim iaitu Norlela Abdul Rahman meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada jam 2.49 pagi tadi.

Berita duka berkenaan dikongsikan sendiri oleh Norman menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Menurut Norman, ibu kepada isterinya, Memey Suhaiza menghembuskan nafas terakhir selepas mengalaminya serangan strok.

"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu mentua saya yang dikasihi, Allahyarhamah Norlela Abdul Rahman, kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2026, jam 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi selepas mengalami strok," tulisnya.