PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki melanggar undang-undang hingga membentuk koloni termasuklah di premis perniagaan dan kawasan penempatan.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, peningkatan jumlah tangkapan warga asing menunjukkan tindakan penguatkuasaan terus dilaksanakan secara berterusan.Menurutnya, operasi bukan sahaja tertumpu kepada kawasan penempatan warga asing, malah turut menyasarkan kegiatan yang disyaki menyalahi undang-undang, termasuk sindiket penipuan dalam talian dan aktiviti perniagaan."Kita tidak akan berhenti di satu noktah kerana selagi sesuatu kegiatan itu berada dalam bidang kuasa JIM, kita akan terus melaksanakan penguatkuasaan."Tidak kira sama ada melibatkan penempatan, sindiket penipuan dalam talian ataupun aktiviti perniagaan, kita akan terus mempergiatkan operasi. Tahun ini boleh dikatakan hampir setiap hari ada tangkapan dan operasi yang dilaksanakan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kewujudan koloni warga asing termasuk di kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan.Sebelum ini, laporan eksklusif Sinar Harian pada Selasa lalu mendedahkan kegiatan warga asing yang masih aktif di hentian bas lama Klang, termasuk menjalankan perniagaan, selain kegiatan perjudian dan aktiviti tidak bermoral di kawasan berkenaan.Kebimbangan turut disuarakan penduduk tempatan yang mendakwa kawasan itu seolah-olah dikuasai warga asing, termasuk dakwaan penggunaan lesen milik warga tempatan untuk menjalankan perniagaan.Mereka juga mempersoalkan kegiatan berkenaan yang didakwa masih berterusan meskipun kawasan itu pernah diserbu pihak berkuasa pada Julai lalu.Dalam pada itu, Zakaria menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat mengenai kegiatan warga asing yang disyaki melanggar undang-undang, sebaliknya menyalurkannya kepada pihak berkuasa."Apabila sesuatu kes itu tular, menyebabkan individu yang disasarkan melarikan diri, sekali gus menyukarkan tindakan penguatkuasaan dan membuka ruang kepada penghapusan bahan bukti," ujarnya.Tambahnya, kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan setiap maklumat yang diterima dapat disusuli dengan tindakan penguatkuasaan secara berkesan.
Operasi gempur koloni, penempatan warga asing tidak akan berhenti - JIM

Key takeaways
JIM akan terus lakukan operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang melanggar undang-undang termasuk di kawasan perniagaan.
- JIM akan terus lakukan operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang melanggar undang-undang.
- Operasi tidak hanya fokus kepada kawasan penempatan tetapi juga aktiviti perniagaan dan sindiket penipuan.
- Tangkapan warga asing berlaku hampir setiap hari sepanjang tahun ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Imigresen, JPJ `gempur' Janda Baik, kesan warga asing
- Berita Harian Imigresen 'gempur' Janda Baik, tahan 65 warga asing
- Sinar Harian Operasi gempur koloni, penempatan warga asing tidak akan berhenti - JIM (this story)









