SHAH ALAM – Mana lebih mendebarkan, melafazkan akad nikah bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah atau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Madani?Demikian soalan 'cepumas' diajukan Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, susulan pemeteraian MoU antara Kerajaan Madani dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta beberapa ahli Parlimen pembangkang lain pada Khamis.Menerusi hantaran di Facebook, Tengku Zafrul secara berseloroh membandingkan kedua-dua situasi itu dengan membawa komitmen berbeza untuk masa depan."Satu janji untuk membina masa depan bersama pasangan, manakala yang satu lagi komitmen untuk masa depan penduduk Muar," katanya.Sebelum ini, kerajaaan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan enam ahli Parlimen Bersatu diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk Syed Saddiq dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Facebook mendedahkan tiga komitmen utama dalam CSA yang ditandatangani selepas lebih lapan sesi rundingan dengan kerajaan sejak 2023.Mengulas lanjut, Tengku Zafrul memberitahu, meskipun ahli Parlimen terbabit kekal sebagai pembangkang, mereka bersetuju menyokong Belanjawan 2027 dan reformasi institusi yang penting."Sebagai sebahagian daripada persefahaman itu, kawasan yang diwakili mereka juga akan menerima peruntukan setara bagi memberi manfaat kepada rakyat," ujar beliau.Tengku Zafrul berkata, perbezaan pendirian politik tidak seharusnya menjadi penghalang untuk bekerjasama terutama apabila melibatkan kepentingan rakyat."Dalam politik, kita tak semestinya sependapat dalam semua perkara, tapi bila melibatkan kepentingan rakyat, kita mesti boleh bekerjasama," jelas beliau.
Akad nikah Bella atau MoU, mana lebih mendebarkan? - Tengku Zafrul

Key takeaways
Tengku Zafrul membandingkan pemeteraian MoU Kerajaan Madani dengan akad nikah Bella Astillah secara berseloroh. Beliau menegaskan ahli Parlimen pembangkang yang menandatangani perjanjian itu akan menyokong Belanjawan 2027 dan menerima peruntukan setara.
- Kerajaan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan dengan enam ahli Parlimen Bersatu dan tujuh wakil lain.
- Ahli Parlimen terbabit bersetuju menyokong Belanjawan 2027 serta reformasi institusi penting.
- Kawasan yang diwakili oleh ahli Parlimen tersebut akan menerima peruntukan yang setara daripada kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Gaji minimum atau kenaikan tahunan minimum terjamin: Yang mana keutamaan
- Berita Harian Sarapan berat atau ringan, mana lebih sesuai
- Berita Harian Majlis akad nikah sahabat cetus serangan panik Erysha
- Sinar Harian Akad nikah Bella atau MoU, mana lebih mendebarkan? - Tengku Zafrul (this story)









