Yaman/Istanbul: Tentera Yaman mengesahkan lebih 35 pejuang Kumpulan Houthi terbunuh atau cedera dalam satu operasi ketenteraan yang menyasarkan kedudukan kumpulan itu di Wilayah Taiz, barat daya negara berkenaan, pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Briged Berperisai Ke-35 Tentera Yaman menjelaskan bahawa pasukannya melancarkan operasi pantas dan bersasar terhadap kedudukan serta kubu pertahanan Houthi di sepanjang barisan hadapan Aqrouz, di Daerah Al-Misrakh.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan menyasarkan kedudukan di Jabal Al-Manara, Kour, Wadi Kour, Al-Maqda, Al-Dabaya dan Kahlan, mengakibatkan lebih 35 pejuang Houthi terbunuh atau cedera.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan jumlah yang terbunuh dan cedera.