BUKIT JALIL: Pelakon Erysha Emyra mengalami serangan panik ketika menghadiri majlis akad nikah sahabat baiknya selepas teringatkan arwah bapanya, Allahyarham Datuk Zakaria Abdul Rahman.

Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, berkata, pengalaman menghadiri majlis akad nikah sahabat baiknya yang juga personaliti media sosial, Sofea Shra, menjadi detik sukar buatnya kerana menyedari dirinya tidak berpeluang melalui pengalaman serupa bersama arwah bapanya.

Katanya, majlis yang pada awalnya mahu dihadiri untuk meraikan hari bahagia sahabat bertukar menjadi momen mengundang kesedihan apabila melihat Sofea dinikahkan oleh bapanya sendiri.

"Pada hari itu, saya menghadiri majlis perkahwinan kawan baik. Pada mulanya, saya ingat mahu pergi untuk berseronok sahaja. Namun, itu majlis akad nikah pertama yang saya hadiri selepas pemergian arwah.